Khamis, 27 Februari 2014

TANDA-TANDA DIABETES

7 TANDA DIABETES DAN PENCEGAHANNYA

Anda rasa anda sihat dan tidak mempunyai masalah diabetes. Tapi awas, kebanyakan diabetes melitus hadir tanpa kita sedari dari awal. Sebenarnya terdapat tanda-tanda awal diabetes sebelum kita disahkan menghidapi diabetes iaitu:

Tanda-Tanda Awal Diabetes:
1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit

Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah berikut kepada doktor.

Tanda-Tanda Diabetes:
TANDA-TANDA DIABETES.  Menghadapi masalah jangkitan yang kerap
     seperti:-
     - Kulit
     - Gusi
     - Jangkitan pundi kencing
◇  Penglihatan yang semakin kabur
◇  Luka lambat sembuh
◇  Parut luka berwarna kehitam-hitaman
◇  Rasa kebas di tangan atau kaki
◇  Tekanan darah tinggi mula hadir
◇  Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan
     otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)

Punca-Punca Diabetes Melitus
Kita harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga ahli-ahli keluarga yang lain. Diabetes melitus boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja juga walaupun penyumbang terbesar statistik negara daripada 1.2 juta orang penghidap diabetes melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.

Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu:

1.  Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan
     insulin setiap hari.
2.  Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak menggunakan insulin dengan betul seperti biasa

TANDA-TANDA DIABETES

Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes
-  Adik beradik kepada pesakit diabetes
-  Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
-  Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
-  Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
-  Individu yang tindak bersenam
-  Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun

Pencegahan Diabetes Melitus
Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:

1. PEMAKANAN SIHAT
    Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta
    mengikut keperluan umur

2. BERSENAM
    Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan
    20 minit bagi setiap sesi  dan bertambah
    menyeronokkan bersenam bersama keluarga

3. PENJAGAAN KESIHATAN
    Lakukan pemeriksaan doktor apabila
    anda mengalami tanda-tanda diabetes

4. SUPPLEMENT
    Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk
    menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi
    dengan baik.

5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
    Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya
    penyakit diabetes dalam tubuh.

=== Supplement Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes ===

Vitamin Asas Bagi Pesakit Diabetes

♥B-Complex ♥
Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga

♥Vita-Lea♥
Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap

♥Sustaines Release Vita-C 500mg ♥
Mengukuhkan kapilari dan salur darah

♥Zinc Complex♥
Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat.

=== Vitamin Tambahan Bagi Pesakit Diabetes ===

♥Alfalfa Complex♥
Membantu stabilkan gula dalam darah

♥Carotomax♥
Menghalang pengli

0 ulasan:

Catat Ulasan