Ahad, 16 Mac 2014

ANTIOKSIDA - FUNGSI DAN KESANNYA

FUNGSI  AGEN ANTIOKSIDAN
Dalam apa saja perubatan tidak kiralah dari segi oral, fizikal dan lain, sering ditekankan tentang antioksida. Apa itu antioksida? Antioksidan membantu kita jadi sihat dan cantik tetapi bagaimanakah caranya? Untuk contoh yang lebih senang difahami, besi-besi yang terbiar lama terdedah kepada hujan dan panas, apa akan berlaku? Besi-besi tersebut akan berkarat kan? Itulah tanda besi telah pun teroksida, terdedahnya kepada sel2 kerosakan.
Contoh lain, cuba ambil sebiji epal, makan separuh, tinggalkan dalam suhu bilik dan perhatikan perubahannya. Epal yang berubah menjadi perang disebabkan oleh proses pengoksidaan yang menghasilkan bahan sampingan iaitu radikal bebas. Ini juga berlaku di dalam badan antaranya radikal bebas yang dihasilkan oleh badan melalui tindak balas biokimia.
Bagaimanapun radikal bebas yang terlalu banyak akan mendatangkan bahaya kepada tubuh badan. Sebab lain seperti merokok, minum arak, lemak, cahaya matahari, pendedahan kepada radiasi dan pencemaran persekitaran akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas dalam badan.
Jadi badan memerlukan antioksidan seperti vitamin, mineral dan enzim yang dapat melindungi tubuh dan memperlahankan kemusnahan sel disebabkan pengoksidaan bagi memelihara kesihatan tubuh.
Antara contoh antioksidan Vitamin A, C dan E, lycopene, beta carotene dan beberapa lagi.
Sebaik-baiknya kita perlu mendapatkan diet yang kaya dengan antioksidan dalam makanan bagi menjamin pelbagai zat berbanding nutrien khusus dalam satu-satu jenis suplemen.
Anda juga boleh mendapatkan suplemen shaklee yang bersifat antioksida yang kuat. Antaranya adalah :

untuk sebarang order dan konsultasi, boleh hubungi saya personally. konsultasi percuma hanya untuk pembelian eksklusif dari saya ;)
Norhuda Jaafar
013-9737535
hudafaizal85@gmail.com

0 ulasan:

Catat Ulasan