Ruang waktu dan waktu afdal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
Cara melaksanakannya
Banyak
bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan
solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah
dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma
secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat
Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang
dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang
disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat
pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Doa yang disarankan
“Ya
Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah
kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu
,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya
Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di
dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah.
,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan,
kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah
engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
* Coretanku
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…
Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah,
“ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas
sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang
sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu
tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan
rakaat”
Pada
rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak
keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat
sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH
yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish
yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.
Rakaat
kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari
Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat
Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak
juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah
ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.
Berkenaan
doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca
doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna
untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat
pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian
boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua
rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua
mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang…
fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih
disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…
0 ulasan:
Catat Ulasan