Jumaat, 31 Januari 2014

Vitalea Multivitamin Shaklee


VITALEA SHAKLEE MUTIVITAMIN DAN MULTIMINERAL

APAKAH KELEBIHAN VITALEA ?
Ianya dikatakn KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.  ia seumpama 2 biji VITALEA bersamaan 40 jenis hidangan lauk...Bermakna, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 biji VITALEA ianya samalah dengan 40 hidangan jenis lauk...wah..mampu ke nak makan sampai 40 jenis lauk tu?.....

Ada sesetengah kajian mengatakan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang sihat dan yang menjaga pemakanan seimbang.  Asasnya semua masalah kesihatan memerlukan vitalea.  Ini kerana di dalamnya mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.
SUPPLEMENT FACTS VITA-LEA SHAKLEE

Kenapa Vita-lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik
Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah
   kerosakan fungsi imun berpunca daripada
   radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan
   tulang
- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan     rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk
   vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi
   paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong
   proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong
   kesihatan tulang
- 10 kali lebih Biotin yang menyokong
   proses pengeluaran tenaga

Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee
Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten  eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.

Siapa Memerlukan Multivitamin

Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
Individu yang tidak lengkap diet hariannya
Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
Remaja yang sedang membesar
Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
Individu yang menopous
Wanita yang baru bersalin

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala?  Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut..kerana :-
* ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
* peraiaran / laut yang telah tercemar
* tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
* selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.

dapatkan vitamin anda dengan harga PROMOSI..hubungi segera perunding vitamin anda
Norhuda jaafar
sid : 1066459
wassap/col/sms : 013-9737535

Rabu, 29 Januari 2014

PENYAKIT TALASEMIA

��Penyakit Talasemia dan Vitamin untuk Membantu pesakit hidup lebih sihat��

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:

Talasemia minor : Merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.

Talasemia major : Merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Tanda dan gejala penyakit Talasemia:

Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.JaundisTumbesaran terbantutPerut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dahi dan rahang yang tidak normal(tanda lewat). 

Rawatan penyakit Talasemia Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan. 

Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea Iron Formula Shaklee dan Alfalfa tidak digalakkan untuk pesakit Talasemia.

Namun supplemen yang harus diambil adalah Vitamin B complex.

��Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah. 

��Vitamin E juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah. 

��Ostematrix(lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.

��Selain dari ini, Energizing Soy Protein (ESP) juga disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga. Seseorang yang mempunyai talasemia mesti berpegang kepada diet tertentu.

Makanan yang dianggap sihat bagi kebanyakan orang boleh menyebabkan komplikasi yang serius bagi pesakit talasemia. Talasemia adalah kumpulan gangguan darah genetik yang boleh menyebabkan masalah kehidupan kesihatan jangka. Itulah sebabnya ia adalah penting untuk mengetahui makanan yang pesakit talasemia boleh dan tidak boleh makan.

Tips dan Peringatan

Elakkan makanan yang mengandungi besi. Sesetengah pesakit talasemia perlu mendapatkan pemindahan darah yang kerap. Ini menyebabkan berlebihan membina besi di dalam badan yang boleh merosakkan jantung dan organ-organ lain. Protein yang tinggi dalam besi dan harus dielakkan termasuk hati, tiram, kacang, daging, mentega kacang dan tauhu. Bijian yang kaya besi termasuk tortillas tepung, bijirin bayi, dan krim gandum. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi besi dan harus dielakkan termasuk prun, tembikai, kacang, brokoli, kismis, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau.Makan banyak makanan yang mengandungi kalsium. Ini adalah amat penting untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Ini adalah penting bagi orang-orang yang mempunyai talasemia sejak tulang lemah dan rapuh boleh menjadi komplikasi penyakit. Produk tenusu adalah sumber kalsium yang baik. Manfaat tambahan ialah bahawa produk tenusu mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap zat besi.Pastikan terdapat vitamin D dalam diet anda. Vitamin D diperlukan supaya badan boleh menyerap kalsium. Vitamin D yang terkandung dalam telur, produk tenusu dan ikan.Elakkan pengambilan jus oren kerana pengambilan jus oren akan meningkatkn penyerapan zat besi dalam sistem saraf.Pengambilan teh dan kopi dapat mengurangkan jumlah zat besi yg telah diserap badan.Talasemia juga dikenali sbg 'Cooley's Anemia'.

Untuk dapatkan Vitamin anda dengan HARGA HEBAT DN DISKAUN YANG MENJIMATKAN...Jomm....Hubungi Saya Segera :

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡Norhuda Jaafar
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 1066459]
♡♡ Contact No : 0139737535
♡♡ Email : huda_2807@yahoo.com
♡♡ Blog:http://mamaharrazfaiz.blogspot.com/ 
♡♡ Like my page :
www.facebook.com/mamaharrazshaklee
♥♥ COD Gombak, Sentul, Wangsamaju, Setapak, Selayang, Batu Caves dan sekitar Kuala Lumpur
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

■■Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 1066459 untuk dapatkan supplement anda ■■

VIVIX SHAKLEE

4 Mekanisme Penuan Pada Tahap Sellular terkandung di dalam VIVIX..

~Kerosakkan DNA

Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu “typo” (kesilapan dari yg asal) yang akan mengganggu fungsi sel.

Ramuan Vivix>>> Melindungi dan memperbaiki sellular DNA

~Pengawalan Genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular.

Ramuan Vivix>>> Dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap cellular.

~Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel

Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun.

Ramuan Vivix>>> menggalakan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

~Penimbunan Protin AGE

Penimbunan berlebihan protien AGE (advance glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan ganggu keutuhan sel.

Ramuan Vivix>>> adalah 10X lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur  muscadine) untuk melambatkan pembentukan protien AGE.

Penemuan Vivix merupakan satu revolusi dalam produk anti penuaan. Vivix juga bukan sahaja untuk anti penuaan tapi ia boleh membantu untuk penyakit kanser, kencing manis, diabetes, sakit jantung, migrain, batu karang, asthma, ketagih alkohon, kolestrol tinggi, sakit sendi dalam pelbagai lagi.

Jom berikan peluang kepada diri anda untuk menikmati Vivix yang sangat BEST ni.

Jom dapatkan HARGA PROMOSI Shaklee bersama saya :

■ Norhuda Jaafar
■ Whatsapp/SMS : 0139737535
■ Pengedar sah & Perunding Vitamin Shaklee ID No. 1066459

Selasa, 28 Januari 2014

Bagaimana untuk merawat Gout

SHAKLEE MERAWAT sakit GOUT !!
▶ GOUT adalah sejenis penyakit sendi yang diakibatkan oleh kandungan asid urik yang tinggi dalam darah. Biasanya lelaki lah yang lebih berisiko untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan pun ada kaitan juga.

 Bagaimana Gout Berlaku?▼▼

 ▶Jika banyak sangat asid urik ini akan membentuk “KRISTAL ASID URIK” pada bahagian sendi-sendi. Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Kebiasaannya, gout menyerang sendi pada ibu jari kaki.

Akibatnya?
▶ sendi akan rasa sakit
▶ sukar untuk bergerak
▶ sendi membengkak dan merah
▶ Inflamasi (Radang Sendi)
▶ Apa yang lebih merisaukan ianya boleh menyerang sendi-sendi lain dan boleh menyebabkan tumbuhnya gout tophus iaitu bengkak pada sendi di seluruh badan. Walaupun ia tidak menyakitkan tetapi ianya berkekalan.
 ▶Pesakit gout juga berisiko untuk sakit jantung dan kejadian batu karang pada buah pinggang.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu serangan akut iaitu secara tiba-tiba dan serangan kronik yang berpanjangan.
1)  Simptom Serangan Akut 
▶ serangan boleh berulang-ulang
▶ sendi menjadi bengkak & rasa berdenyut (menyucuk) berpanjangan dalam tempoh antara 5-6 hari.

2) Simptom Serangan Kronik 
▶ pesakit tidak rasa berdenyut-denyut tapi tetap rasa tidak selesa.
▶ tempoh sakit yang lama antara 2-3 minggu.
▶ Biasanya pesakit terpaksa makan pain killer untuk tahan sakit.
▶ Gout dan Shaklee, pasti tak mengecewakan!

>> Antara cadangan suplement yang akan membantu mengurangkan masalah gout << 
1. ALFALFA 
▶ Sifatnya yg beralkali membantu meneutralkan asid urik serta menyingkirkan lebihan asid urik dalam badan. Ia juga bertindak menyingkirkan toksin dlm badan.

2. OMEGA GUARD
▶ Kandungan omega 3 yang bertindak sebagai anti-keradangan membantu mengurangkan radang sendi dan sekaligus mengelakkan sendi dari bengkak.

3. PERFORMANCE DRINK
▶ Sangat penting bg pesakit gout untuk mengekalkan air di dalam badan. Jika badan kekurangan air, paras asid urik semakin meningkat dan menyebabkan gout bertambah parah. Performance drink membantu mengawal kehilangan bendalir dalam badan dengan mengekalkan kesimbangan air dalam badan. Ia juga turut berperanan penting bagi mengeluarkan lebihan asid urik dalam badan. Senang cerita, kalau air tak cukup dalam badan, macam mana nak flush keluar asid urik tadi..


 4. OSTEMATRIX
▶ Orang yang menghidap gout akan lebih berisiko untuk membentuk batu karang yang dibentuk daripada calcium oxalate yang akan memudaratkan kesihatan buah pinggang. Ia juga turut mempengaruhi pengeluaran urine. Ostematrix membantu untuk mengelakkan berlakunya batu karang.


▶▶ Perlu ambil semua ke?
▼▼ Tidak semestinya.

Sila hubungi saya untuk konsultasi vitamin mana yang paling anda perlukan. Pastinya mengikut budget anda!

Untuk dapatkan Vitamin anda dengan HARGA HEBAT DN DISKAUN YANG MENJIMATKAN...
Jomm....Hubungi Saya Segera : ●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●● ~
~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡Norhuda Jaafar
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 1066459]
♡♡ Contact No : 013-9737535
♡♡ Email : hudafaizal85@gmail.com
♡♡ Blog: http://mamaharrazfaiz.blogspot.com
♡♡ Like my Fanpage : Mamaharraz Shaklee
♥♥ COD area Kuala Lumpur.
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
 ■■Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 1066459 untuk dapatkan supplement anda ■■
 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'..

Penyakit Darah Tinggi

Apa itu tekanan darah tinggi?
 Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko menghidap sakit jantung dan/atau sakit buah pinggang, juga strok. Penyakit darah tinggi amat berbahaya kerana kebiasaannya tiada tanda amaran mahupun gejala. Sesiapa sahaja, tidak kira bangsa, usia mahupun jantina boleh menghidap sakit darah tinggi.
Dari saat mula anda menghidap sakit darah tinggi, ia biasanya berkekalan seumur hidup. Anda boleh mencegah dan mengawal tekanan darah tinggi dengan mengambil langkah-langkah tertentu.
 Punca Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya. Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih. Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.
Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu dicegah dan dikawal.

Kesan Penyakit Darah Tinggi 
1. Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak. Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.
 2. Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.
 3. Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.
4. Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.
5. Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.
6. Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah. Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.
 7. Serangan jantung/jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.
8. Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku. Jika aliran udara tersekat pula, serangan jantung boleh terjadi.
9. Kegagalan jantung kongestif Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.

Langkah-langkah pencegahan
Anda boleh mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Langkah-langkah ini termasuklah mengekalkan berat badan sihat, sentiasa aktif, mengamalkan diet yang sihat dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan tenusu rendah lemak, memilih dan menyediakan makanan rendah kandungan garam dan sodium.
Cadangan Suplemen untuk Darah Tinggi Pilihlah vitamin semulajadi yang bebas steroid!


Vivix - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sekular.


Omega Guard - melancarkan perjalanan darah, menghalang pembekuan
Vita E - difisiensi selenium berkait pada penyakit jantung (tekanan darah tinggi boleh menyebabkan komplikasi pada jantung juga)
Garlic - merendahkan tekanan darah
Vit C sustained Release - menghalang pembekuan darah  
ESP - menurunkan tahap kolesterol  
B comp - meredakan stress.
Lecithin - mengemulsi lemak
Ostematrix - kekurangan kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung

 Anda berminat untuk dapatkan supplement diatas dengan harga yang SUPER JIMAT..Hubungi saya..
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Perunding Vitamin Anda
Norhuda Jaafar
SID: 1066459
Pm/WhatsApp: 013-9737535
FB Fanpage : http://www.facebook.com/mamaharrazshaklee
Blog: http://mamaharrazfaiz.blogspot.com/
✿Penghantaran ke Seluruh Malaysia✿
✿COD gombak,sentul, setapak, batu caves, selayang & wangsamaju& These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  Terima kasih kerana membaca entry ini.Jika anda rasa ia berguna, sila klik share "Sharing is Caring"

Merawat Migrain dengan Shaklee

Sakit kepala/Migraine sering berlaku pada bila-bila masa sahaja.Ada yang terpaksa menahan sakit berjam-jam,ada yang terpaksa terbaring tidur sahaja sepanjang hari jika terkena migraine.


Perlu kita ketahui terdapat beberapa jenis migrain/sakit kepala ini:
1 ) Sakit kepala di sebabkan tekanan emosi
2)  Sakit kepala di sebabkan migrain
3 ) Sakit kepala di sebabkan sinus
Jika sering terkena migrain,pesakit perlu mengelak beberapa perkara :-

HINDARKAN:
-Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
- Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
- elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
- Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
- Stress dan tekanan
- Jadual tidur yang tak tetap
- Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .

Pengambilan pemakanan yang betul dan mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Supplemen shaklee yang dapat membantu untuk atasi masalah migrain adalah:
1) Ostematrix - Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D.Kalsium yang dapat meringankan stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala.Magnesium daoat membantu sistem saraf,pengecutan otot dan saraf,menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migraine.

2) B complex - mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan stress,strok dan depressi.
Pilihlah supplemen yang sihat dan pasti selamat untuk atasi penyakit anda dari bergantung kepada ubat-ubatan yang mengandungi dadah yang boleh menyebabkan kesan jangka panjang.
Juga mengikut sunnah ikat kepala dengan kain / serban , berbekam atau berinai di kepala .
untuk mengatasi masalah ini.
Dalam Kitab as-shahih sewaktu menjelang wafat, Rasullullah mengaduh katanya, "Aduh, kepalaku"Lalu Baginda mengikat kepalanya untuk menahan sakit (Hadis ditakhrij oleh an-Nasa'i, ibn Majah dan Ahmad]

Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan tawaran diskaun untuk supplemen ini.
 wassap : 013-9737535
sid: 1066459
cod area : sentul.gombak.batu caves. selayang. wangsamaju . setapak dan kawasan sekitar kuala lumpur

VITAMIN CINTA

vitamin cinta

Vitamin CINTA... Jom kite tengok keistimewaan vitamin2 ni:

Inilah istimewanya Vita-E Complex keluaran SHAKLEE. Mengandungi Vitamin E semulajadi bersama-sama Selenium.

Antara fungsi Vita-E Complex adalah:

1. Memelihara kesihatan kulit, melambatkan proses penuaan
antioksidan yang sangat penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
2. Bersifat anti-imflammatory
3. Bersifat diuretic, mengurangkan tekanan darah tinggi
4. mengurangkan risiko penyakit katarak
5. Membantu kesuburan lelaki dan wanita
6. Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer
7. Mengurangkan risiko keguguran bagi ibu2 yang mengandung
8. Menyokong fungsi penghantaran oksigen ke seluruh badan bagi meningkatkan stamina
9. Bekerjasama dengan Vitamin A untuk melindungi paru2 daripada pencemaran udara
10. Mengurangkan risiko masalah jantung dan strok
Mengelakkan / mengurangkan masalah darah beku

Makanan yang kaya dengan vitamin E adalah seperti kacang soya, minyak sayuran, kekacang (walnut, peacan, peanut), telur, bayam dan sayuran hijau

Fungsi Vitamin Dalam Alfalfa
Vitamin A - Membina ketahanan terhadap jangkitan khasnya saluran pernafasan, pertumbuhan sel, menggalakkan kulit yang sihat

Vitamin E - Melindungi sel dari rosak akibat kesan sinaran matahari, pencemaran udara. Baik untuk kesihatan jantung, kardiovaskular, menguatkan otot dalam badan.

Vitamin B6 - Membantu mengurangkan loya, memetabolisma protien dan lemak

Vitamin K - Untuk pembekuan darah, baik fungsi hati.

Vitamin D - Mengawal kalsium dan fosforus. Penting untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat.

FUNGSI DAN KHASIAT ALFALFA

- Merangasang pengeluaran susu - untuk ibu yang menyusukan anak
- Membantu masalah penyakit usus,kencing manis, ulcer,sembab.
- Membantu penghadaman
- Membantu masalah Abdominal Discomfort
- Masalah pencernaan
- Untuk masalah gastrik
- Eczema
- Anemia
- Nafas berbau
- Kaki berbau
- Badan berbau
- Sembelit
- Meningkatkan pengeluaran sel darah putih.

Namun AWAS !!!!!

Bukan semua Alfalfa sama ya. Tidak sama dengan alfalfa yang berada di supermarket itu....
Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia, baja, mahupun petisid.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
hubungi perunding vitamin anda segera untuk mendapatkan dengan harga yang menakjubkan !!!!
Mamaharraz (Norhuda Jaafar)
SID  : 1066459
msj/wassap/col : 013-9737535
jom like fb page : Mamaharraz Shaklee  https://www.facebook.com/pages/Mamaharraz-Shaklee/149151365295839
 
 ■■Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 1066459 untuk dapatkan supplement anda dengan harga ahli @ hubungi saya untuk penghantaran terus ke tangan anda tanpa membazirkan masa untuk menunggu lama...jimat dan cepat..■■

■■ COD : sentul trmasuk bandar baru sentul, tmn dato senu,jalan ipoh,batu muda,selayang, gombak trmasuk tmn koperasi polis,tmn bullion, tmn pelangi jaya, tmn pelangi,tmn selaseh,tmn melewar,greenwood,batu caves, taman melawati dan Wangsamaju

 ■■ juga menyediakan penghantaran menggunakan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak

Sabtu, 25 Januari 2014

Mencegah Kanser

Vivix, nutriferon untuk Kanser?
Salam..

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang produk yang paling ekslusif dalam Shaklee iaitu vivix dan nutriferon..kebetulan baru-baru ni saya bertemu dengan seorang pelanggan yang pernah ambil vivix.. Beliau ialah Puan Gee..

Pertama kali saya bertandang ke rumah beliau di Bandar Permaisuri, Setiu..Adik Puan Gee yang call saya bertanyakan tentang vivix dan nutriferon untuk kakaknya yang mengidap kanser hati..Sebut aje "Kanser" memang yang terlintas di fikiran saya masa tu ialah Vivix...dah banyak testimoni pengguna Vivix yang mengidap kanser, dan akhirnya berjaya sembuh sepenuhnya daripada kanser mereka. Puan Gee juga sebelum ini pernah mengidap kanser payudara..dan setelah mengambil sebotol vivix dan nutriferon, akhirnya beliau telah pulih daripada kanser tersebut..

walaupun setelah hampir setahun  berlalu, sekali lagi beliau diuji Allah dan didiagnos mengidap kanser hati pula, beliau tanpa ragu kembali mendapatkan vivix dan nutriferon untuk membantu beliau sembuh semula..Kini beliau sedang dalam proses menunggu rawatan susulan daripada pakar dan berusaha awal dengan terus mengambil vivix dan nutriferon.Semuanya dengan izin Allah juga..bergantung juga sejauh mana tahap kanser tersebut dan dengan izin dan Kuasa Allah yang Maha Penyembuh. Apapun usaha harus ada dan yang paling penting, semangat dan keinginan untuk sembuh dan tidak mudah putus asa walaupun seberat mana sekalipun penyakit yang Allah berikan..Setiap penyakit itu pasti ada penawarnya..

Bagaimana nutriferon membantu pesakit kanser?

Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari – Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells, B-cells dan makrofag.
Melawan Kanser &Tumor – Interferon semulajadi mengandungi poliksakarida ang merangsang dan mengaktifkan immunoglubalin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.
Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.

Nutriferon boleh menghalang barah dari terus merebak

Bagaimana Vivix dapat membantu pesakit kanser?

Bahan-Bahan dalam VIVIX seperti resveratrol bertindak memperbaiki seawal peringkat DNA lagi. Sebab itulah, VIVIX mampu membantu pesakit kanser.
Dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau rawatan perubatan lain.
Dapat membantu menghadapi kesan sampingan rawatan dengan lebih baik dan peluang sembuh dengan lebih baik.
Dapat meningkatkan sistem imun / ketahanan badan bagi membolehkan anda melawan kanser.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian
Fb Fanpage : www.facebook.com/MamaharrazShaklee
Email : hudafaizal85@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp : 013-9737535
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA

Hilangkan Tumit Merekah Dengan Vitamin E Shaklee

Rawat tumit dengan vitamin e shaklee
Ramai kaum wanita yang mengalami masalah tumit pecah-pecah. Walaupun masih muda remaja, ada je yang dah menghadapi masalah ni, contohnya seorang kawan saya masa kat universiti dulu. Time tu umur baru awal 20-an, tapi tumit dia dah pecah dan agak kasar. Kesian kan...Orang lelaki jangan citer, memang ramai je yang menghadapi masalah ni, tapi mereka tak kisah sangat. Yelah, pada mereka itu adalah perkara biasa, tambahan pula kan orang lelaki ni setiap hari bekerja keras.
Apakah punca tumit merekah ni sebenarnya?

Antara punca tumit merekah adalah :
1- berat badan berlebihan
2- pemakaian kasut yang tidak bersesuaian dengan saiz kaki
3- kerap memakai kasut yang terbuka seperti sandal
4- masalah kulit kering yang mungkin berpunca dari sabun yang tidak sesuai
5- kerap memijak simen
6- tidak menitikberatkan penjagaan kaki dalam seharian
Ok,jadi bagaimana kita nak merawat tumit yang kerap merekah ini? Berbalik kepada puncanya semula. Cek balik mana satukah punca yang berkaitan dengan diri kita dan cubalah untuk perbaiki dengan mencari penyelesaian yang berkaitan dengan punca. Seperti contoh, jika puncanya adalah berat badan yang berlebihan, maka eloklah kita cuba menurunkan sedikit berat badan sekurangnya ke tahap yang ideal, dan seterusnya.

Vitamin E Shaklee
Akan tetapi, kalo semua cara anda telah cuba, dan still tak berjaya, apa kata anda cuba amalkan pengambilan Vitamin E Shaklee.Vitamin E ini yang kaya dengan GRAPE SEED EXTRACT, MINYAK GANDUM, MINYAK KACANG SOYA dan yang paling best sekali, ianya juga mengandungi 10gram SELENIUM semulajadi yang membantu badan menyerap Vitamin E ini dengan LEBIH BAIK & LEBIH EFFICIENT, sekaligus dapat membantu memelihara sel-sel dan otot-otot kita.
Dalam erti kata lain, Vitamin E ini akan membantu merawat sel-sel badan kita dari dalam, sekali gus menggantikan sel-sel yang telah rosak dengan sel-sel yang baru, yang lebih baik. Apabila ini berlaku, secara tidak langsung, tumit yang merekah tadi akan dirawat juga tanpa kita sedari dan tadaaa...muncul lah tumit yang licin dan menawan. Barulah tak malu kalo nak pakai kasut yang tak bertutup kan...

Set kecantikan shaklee selain Vitamin E, anda juga bleh amalkan menyapu krim Herbal Blend Shaklee. Gabungan Vitamin E dan Herbal Blend ini mampu menjadikan tumit anda cantik menawan dan licin berkilat seperti kulit bayi. Selain merawat tumit merekah, krim Herbal Blend ini juga mampu merawat kulit yang melecur, gatal-gatal akibat digigit serangga, ekzema dan sebagainya. Ianya sesuai digunakan seisi keluarga, termasuk bayi kerana kandungannya yang bebas bahan kimia sekaligus tidak memudaratkan.
Jadi apa yang ditunggu lagi. Takkan nak biarkan masalah tumit merekah terus menghantui diri anda. Sudah tentu anda menginginkan tumit yang cantik dan licin, sesuai dengan wajah anda yang cantik bercahaya kan...Barulah matching.. Betul tak??
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian
Fb Fanpage : www.facebook.com/MamaharrazShaklee
Email : hudafaizal85@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp : 013-9737535
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA
 

Jumaat, 24 Januari 2014

Testimoni vivix

Ramai yang telah berjaya dengan VIVIX..
Vivix dipanggil tonik ajaib kerana ianya mampu merawat penyakit-penyakit kronik juga serba guna..

Testimoni vivix

Khamis, 23 Januari 2014

Surah Al-Waqiah dan Terjemahan Bahasa Melayu




Surah Al-Waaqi'ah - سورة الواقعة

 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Apabila berlaku hari kiamat itu, 


Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. 


Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). 


(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. 

 
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,


Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, 

 
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); 


Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?


Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?


Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);


Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),


(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. 

 
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; 

 
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.


(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;


Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.


Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -


Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.


Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.


Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,


Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.


Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,


Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.


(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.


Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -


Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).


Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?


Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.


Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,


Dan naungan yang tetap terbentang,

 
Dan air yang sentiasa mengalir,


Serta buah-buahan yang banyak,


Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,


Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.


Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,


Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),


Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; 


Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,


Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.


Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?


Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak


Serta naungan dari asap hitam,


Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.


Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).


Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,


Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?


"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "


Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,


"Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.

 
"Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),


Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,


"Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,


"Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,


"Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".


Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.


Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).


(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?


Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?


Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;


(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.


Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).


Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?


Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?


Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,


(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.


"Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "


Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?


Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?


Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.


Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?


Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?


Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.


Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu). 


Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -


Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -


Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),


Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,


Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;


Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.


Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?

 
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?


Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -


Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -


Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,


Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -


Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?


Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",


Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.


Dan jika ia dari puak kanan,


Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".


Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,


Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,


Serta bakaran api neraka.


Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.


Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.