Assalamualaikum..
Sejak akhir-akhir ni rasa bersemangat tentang penyusuan.. Jom baca..
Saya kongsikan cara terbaik cairkan susu ibu yang sejuk atau beku..
Cara cairkan susu EBM beku
Haba
dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan
komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu
ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang
betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.
Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;
1) Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
2)
Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5
minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang
diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
3) Jika anda dapati susu di dalam botol
terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk
mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
4) Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda
Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);
1)
Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian
sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda
pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara
perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak
memberikan kepada bayi nanti.
2) Apabila bersedia untuk memberikannya
kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta
panaskan susu seperti langkah 1 di atas.
**TIPS PENTING**
1)
Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan
susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu).
2) Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
3)
Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam
peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu
dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
4) Susu perahan yang tidak habis
diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam
dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
5) Susu beku yang
telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan
semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada
masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
6) Susu yang telah
disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7
hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk
beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya
mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti
sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.
TIDAK BOLEH:
1) TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
2) TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
3) TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
Sebab
& alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan
bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.
Selamat mencuba..
Happy breastfeeding mommies semua...
TELEKUNG SITI KHADIJAH SK VIETNAM - TELEKUNG COTTON SULAM PUTIH CODE KH
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan