Rabu, 28 Mei 2014

PENYAKIT RADANG USUS

Assalamualaikum..
 
Oleh Dr. Tan Huck Joo

IBD adalah gangguan fungsi usus dan bukannya struktur usus seperti ketumbuhan atau tumor.

Penyebab IBD
Adalah menjadi kebiasaan orang menganggap bahawa IBD disebabkan oleh apa yang kita makan kerana IBD mengakibatkan keradangan di dalam salur penghadaman. Namun begitu, tiada bukti yang menunjukkan bahawa tabiat makan kita menyebabkan IBD.

  Sungguhpun penyebab IBD tidak diketahui sepenuhnya, doktor percaya bahawa IBD berlaku disebabkan sistem pertahanan badan bertindakbalas dengan tisu usus sendiri.

Selain itu, faktor yang menyebabkan IBD ialah sejarah keluarga yang pernah menghidapi IBD, jangkitan, immunologik (berkenaan dengan sistem imuniti badan) dan juga faktor kesihatan fisiologikal. Apa yang mencetuskan sistem imun badan menyebabkan IBD masih belum dikenalpasti. Tabiat merokok direkodkan sebagai penyebab kepada penyakit Crohn's yang teruk.

Tanda dan gejala

Tanda gejala lazim adalah sakit pada bahagian abdomen dan cirit-birit. Tanda-tanda lain termasuk:

Cirit-birit yang mengandungi darah

Kehilangan selera makan

Penurunan berat badan

Keluaran lendir daripada dubur

Buang air besar berserta sakit atau berdarah

Keinginan membuang air besar yang mendesak

Kembung perut

Fistula atau penyakit di bahagian dubur. Keadaan ini biasa berlaku di mana terdapat lelehan lendir di sekeliling dubur di kalangan penghidap penyakit crohn's

Demam (berlaku semasa radang berlaku)

Perasaan letih (kurang darah merah, rasa tidak sihat secara umumnya)

Komplikasi

  IBD boleh menyebabkan pendarahan dari ulser (penghidap ulseratif kolitis) dan menyebabkan usus tembus (atau pecah). Penghidap penyakit crohn's mungkin mengalami usus sempit (lubang usus menjadi separuh tersekat dan menyempit) disebabkan oleh keradangan.

  Penyakit radang usus mungkin boleh mempengaruhi organ lain di luar salur penghadaman, seperti pada sendi, mata, kulit dan hati. Pesakit yang banyak menggunakan ubat steroid untuk mengurangkan radang mungkin akan mendapat penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan osteoporosis. Dalam jangka masa panjang IBD boleh menyebabkan penghidap berisiko tinggi mendapat kanser kolon. Penghidap memerlukan pengawasan untuk mengenal pasti tanda awal kanser kolon.

Rawatan IBD

  Disebabkan IBD merupakan penyakit kronik, ia memerlukan pengambilan ubat berjangka panjang. Objektif utama rawatan IBD adalah untuk mengkurangkan tindak- balas keradangan yang tidak normal. Sesetengah ubatan digunakan untuk merawat keradangan yang akut dan menjadikan penyakit ini terkawal. Ubatan lain berfungsi mengurangkan kekerapan keradangan dan menjadikan keadaan IBD stabil.

Steroids - Steroid akan diberikan kepada pesakit untuk penyakit yang aktif dan steroid hanya boleh digunakan dalam masa yang singkat. Steroids membantu mengurangkan gejala IBD tetapi tidak boleh menghalang IBD menjadi aktif. Kesan sampingan steroid sekiranya diambil dalam dos yang tinggi dan dalam masa yang panjang termasuk jerawat, katarak, osteoporosis( tulang reput) dan "moon face" (wajah bengkak menjadi bentuk bundar).

Mesalazine - Ubat ini berguna untuk mengawal IBD. Pesakit perlu mengambilnya dalam jangka masa yang panjang.Mesalazinine juga berguna semasa keradangan yang aktif.
Immunosippression - Kumpulan ubatan ini digunakan untuk menekan sistem imun (disebabkan IBD adalah penyakit berkaitan dengan reaksi imun badan sendiri). Malangnya, ubat ini lambat tindakannya, tetapi berguna untuk membantu pesakit yang penyakitnya tidak terkawal sepenuhnya dengan penggunaan ubat masalazine. Ianya juga mengurangkan kekerapan pengambilan steroid dan ubat ini mempunyai kurang kesan sampingan jangka panjang. Akan tetatpi, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kuman dan pemantauan ujian darah perlu dilakukan.

Anti-TNF agen - "Tumour necrosis factor" (TNF) adalah diperolehi dari sel darah putih dan ianya bertindak untuk memperbaiki tisu yang rosak. Inflixamab adalah anti-TNF antibodi yang telah diperakui untuk merawat penyakit crohn's dan ulser kolitis yang tahap sederhana hingga ke tahap teruk. Tetapi ubat ini agak mahal.

Antibiotik - Mtronidazole dan ciprofloxacin adalah dua antibiotik yang digunakan untuk merawat IBD. Ubat ini berguna untuk merawat IBD yang ringan dan akut. Tetapi ubat ini tidak berkesan untuk menstabilkan penyakit IBD.

Pembedahan - Pembedahan berpotensi penyembuhan penyakit ulser kolitis tetapi tidak berkesan untuk penyakit crohn. Pembedahan selalu disarankan untuk pesakit yang tidak tahan dengan kesan sampingan ubat dan pengambilan ubat tidak mendatangkan kesan. Doktor juga akan melakukan pembedahan terhadap penghidap ulser kolitis sekiranya terdapat tanda-tanda permulaan kanser atau telah menjadi kanser. Untuk penyakit crohn's, pembedahan adalah dianjurkan untuk pesakit yang menderita dengan komplikasi penyakit dan penyakit yang tidak bertindak-balas terhadap ubat-ubatan

Probiotik - Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan probiotik sebagai terapi ajuvan untuk menstabilkan penyakit dan mengurangkan radang ulser kolitis yang ringan hingga radang yang sederhana. Ia boleh menstabilkan remisi yang berlaku di pouchitis (selalunya berlaku selepas pesakit menjalani pembedahan ulser kolitis).

Tip untuk pesakit yang hidup dengan IBD

Organisasi Gastroenteologi Dunia menyarankan petua ini untuk penghidap IBD:
1. Belajar tentang IBD dan tanda gejalanya.
2. Ingat bahawa setiap penghidap IBD adalah berbeza.
3. Cari seseorang yang boleh berkongsi dan mendengar masalah anda dan juga dapat bersimpati terhadap penyakit yang anda tanggung.
4. Makan secara seimbang.
5. Jangan melakukan aktiviti berlebihan yang diri anda tidak mampu melakukan.
6. Tanyakan pemberi perkhidmatan kesihatan anda tentang ubat yang anda makan, apakah kesan sampingannya dan berapa lama jangka masa penggunaannya.

Dr. Tan Huck Joo adalah presiden Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysia.

  Cadangan saya sebagai pengguna Shaklee adalah amalkan vitamin OMEGA GUARD @ lebih bgus dengan penggunaan VIVIX

maklumat lanjut mengenai vitamin Shaklee boleh hubungi saya :
NORHUDA JAAFAR
SHAKLEE ID : 1066459
sms/whatsapps/viber : 013-9737535
emel : hudafaizal85@gmail.com
COD AREA : KUALA LUMPUR
konsultasi percuma pada setiap pembelian dengan saya!!


Posted via Blogaway

0 ulasan:

Catat Ulasan