Sabtu, 4 Januari 2014

Cara Mengatasi Bengkak Susu

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat”. Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.

Apa punca duktus tersumbat?

“Duktus tersumbat” (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak “diperah” dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur” disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.

Antara punca keradangan saluran susu :

Stress berlebihan
Tidak konsisten dalam mengosongkan payudara(sama ada melalui direct feed atau pam)Pakaian dalam (bra) yang tidak sesuai
Pelekapan yang tidak betul semasa menyusu
Pengambilan diet tinggi lemak

Apa yang anda boleh lakukan?

Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.Mengambil panadol boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.Menggunakan pam buah dada(breastpump) selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan.Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Lecithin telah disyorkan untuk mengelakkan kejadian saluran duktus tersumbat supaya tidak berulang. Dos yang biasa disyorkan  adalah 3600-4800 mg lecithin setiap hari, atau 1 kapsul (1200 miligram) 3-4 kali sehari supaya tidak berulang. Selepas seminggu atau dua, ibu boleh mengurangkan dos sekiranya keradangan berkurangan. Jika tiada sekatan dalam tempoh 2 minggu lagi dia boleh mengurangkan lagi demi satu. Ibu boleh terus mengambilan lecithin supaya tidak berulang lagi.

Lecithin adalah tambahan makanan yang sangat biasa, dan didapati secara semulajadi dalam banyak makanan lain. Tiada indikasi yang mengatakan ia tidak boleh diambil oleh ibu-ibu menyusu. Sebab megapa dan bagaimana lecithin boleh membantu menyelesaikan dan mencegah duktus tersumbat masih tidak jelas.

“It may do this by decreasing the viscosity (stickiness) of the milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk.” ~Dr. Jack Newman

Lecithin adalah pengemulsi  : molekul phospholipid (seperti lesitin) mengandungi unsur-unsur hidrofobik dan hydrophilic, bahagian hidrofobik mempunyai tarikan kepada lemak dan minyak, dan bahagian hidrofilik mempunyai tarikan kepada air.

Sumber :
- Kellymom
- babycenter
- Milk in Mamas

Shaklee Lecithin

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut mengandungi 518mg lecithin.

Lecithin juga membantu ibu-ibu menyusu untuk mengurangkan berat badan dengan memecahkan lemak-lemak dalam badan.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

wassap segera 013-9737535
Norhuda Jaafar
SID : 1066459
COD : Kuala Lumpur
perkhidmtan pos ke seluruh malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan